SELAMAT DATANG

Selasa, 23 Oktober 2012

ANALISA SOALAN KOMSAS NOVEL NEGERI-NEGERI 2012



ANALISIS SOALAN NOVEL
PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI SPM 2012
BAHAGIAN
NEGERI
SOALAN
ASPEK KOMSAS
4 (a)
Melaka
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.
Tema (SPM JUN 2012)
Perlis
Jelaskan tema berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.
Tema (SPM JUN 2012)
MRSM
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tema berserta huraian peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.
Tema (SPM JUN 2012)
Kelantan
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terdapat persoalan ketabahan watak utama menghadapi dugaan dalam kehidupan. Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan tersebut.
Persoalan
YIK
Watak utama dalam sesebuah novel sering dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang mengalamai konflik. Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak utama dalam sesebuah novel yang anda pelajari dan bagaimanakah konflik itu dapat diselesaikan olehnya?
Perwatakan
JUJ Pahang
(Set 2)
Sebuah novel sering memaparkan konflik yang dihadapi oleh watak utama. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak tersebut.
Perwatakan
Perak
Kebiasaannya sesebuah novel menonjolkan watak utama yang banyak menempuh cabaran dalam kehidupan. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
Perwatakan
Times Education
Latar masyarakat banyak memberikan pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan salah satu daripada novel yang anda kaji, nyatakan dua perbuatan latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan.
Latar masyarakat
Selangor
Terdapat pelbagai latar tempat yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat serta peristiwa yang dikaitkan dengan latar tempat tersebut.
Latar tempat
Johor
Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari.
Latar tempat
Terengganu
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
Nilai
Pahang
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.
Nilai
P. Pinang
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat.
Nilai
SBP
Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
Plot
Sarawak Zon Kuching
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapa peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
Plot
N. Sembilan
Kesesuaian pemilihan judul sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
Plot
Kedah
Jelaskan peleraian cerita daripada sebuah novel yang anda pelajari
Plot
JUJ Pahang
(Set 1)
Penggunaan sesuatu teknik dalam sesebuah novel menjadikan novel tersebut lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Teknik plot




BAHAGIAN
NEGERI
SOALAN
ASPEK KOMSAS
4 (b)
SBP
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
Latar masyarakat
Terengganu
Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
Latar masyarakat
Kelantan
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, terdapat pelbagai latar masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang. Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut
Latar masyarakat
N. Sembilan
Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Latar masyarakat
JUJ Pahang
(Set 2)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat dalam setiap novel itu.
Latar masyarakat
Perlis
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat daripada setiap novel tersebut.
Latar tempat
Sarawak Zon Kuching
Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel.
Perwatakan
MRSM
Watak sampingan banyak membantu watak utama dalam sesebuah penceritaan. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak sampingan dalam setiap novel.
Perwatakan
YIK
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel.
Nilai
Melaka
Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
Nilai
Johor
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel tersebut
Nilai
P. Pinang
Setiap novel mengandungi pelbagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel  yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama daripada setiap novel tersebut.
Nilai
JUJ Pahang
(Set 1)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan yang dipaparkan dalam kedua-dua novel itu.
Nilai
Kedah
Huraikan satu pengajaran bagi kedua-dua buah novel yang anda pelajari.
Pengajaran (SPM JUN 2012)
Perak
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu pengajaran daripada setiap novel tersebut.
Pengajaran (SPM JUN 2012)
Times Education
Huraikan satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda kaji.
Teknik plot
Selangor
Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Teknik plot
Pahang
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
Teknik plot

 Perhatian:-
 Sila jawab semula soalan-soalan di atas sebagai latihan semula bagi soalan yang pernah dijawab dan latihan tambahan kepada soalan yang belum dijawab lagi. Ingat, latihan yang mantap akan membantu anda di dalam dewan peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan